Tuesday 17 May 2011

Adap Berdoa Dan Waktu Yg Mustajab Untuk Berdoa

Adab berdoa dan waktu yang mustajab untuk berdoa


Selalu tak anda semua berdoa tapi tak dimakbulkan. Macam mana Tuhan nak makbulkan kalau adab berdoa dah tak betul. So, mari lah sama-sama kita tengok adab berdoa yang betul supaya setiap doa kita yang dipohon dengan bersungguh-sungguh dimakbulkan oleh Tuhan. InsyaAllah.



1. Kita hendaklah berada dalam keadaan suci dari hadas kecil dan hadas besar, serta cuci pakaian dan tempat berdoa.

2. Sangat dituntut untuk mengadap kiblat sewaktu berdoa, kemudian berdoalah dengan khusyuk dan tawadduk serta merendah diri kepada Allah S.W.T

3. Angkat kedua tangan hingga kelihatan kedua ketiak, disamping perut anak jari menghadap ke atas. 

4. Mulakan lah doa dengan memuji Allah S.W.T. sekurang-kurangnya dengan membaca
"Alhamdulillahirabbilalamin" diikuti dengan membaca Selawat ke atas Nabi, sekuran-kurangnya dengan membaca " Allahummasolli'ala saidina muhammadin wa'ala alihi wasahbihi wasallim". Seterusnya berdoalah untuk kedua ibu bapa kita sebelum kita meneruskan dengan hajat kita yang sebenar. 

5. Setelah selesai berdoa, sapukan kedua tangan ke muka.

6. Berdoa hendalah dengan penuh yakin bahawa Allah S.W.T akan memperkenankan doa kita. Jangan sekali-kali berdoa dalam keadaan hatinya lara dan lalai, atau tidak cukup kuat keyakinannya serta kemahuannya. Tuhan tidak akan memperkenankan doa seperti tersebut. 

7. Setiap orang Islam hendaklah memperbanyakkan doa kepada Allah semasa dalam keadaan senang atau mudah, supaya Allah memperkenankan doanya ketika berdoa dalam keadaan susah.

8. Berdoa dengan suara yang perlahan serta merendah diri, disamping mengakui segala kesalahan dan dosa-dosa yang pernah dilakukan.

9. Sebaik-baik doa adalah dengan kata-kata yang mudah dan ringkas serta mempunyai pengertian yang luas.

10. Untuk memohon sesuatu hajat, ulangi hajat anda sekurang-kurangnya tiga kali.

11. Jangan sekali-kali berdoa untuk meminta sesuatu keburukan atau kejahatan dosa, perpecahan dalam masayarakat atau keluarga. Begitu juga jangan meminta sesuati yang mustahil.

12. Jangan sekali-kali merajuk apabila doa belum dikabulkan oleh Allah. Sebaliknya kita hendaklah bersabar dan terus berdoa disamping berserah diri kepada Allah.

13. Sebelum mengakhiri doa anda dengan ucapan Amin, setiap doa hendaklah ditutup dengan Selawat atas Nabi serta puji-pujian kepada Allah.

*Jangan lah berdoa sekadar melepaskan batuk di tangga tapi lepas tu mengharapkan supaya Allah kabulkan permintaan kita. Ingat kita nak minta sesuatu kena lah bersungguh-sungguh. Kita nak minta dengan Tuhan supaya hajat kita termakbul, samalah seperti kita nak mintak something dengan parents kita, for example nak minta duit. Bersungguh-sungguh tak anda minta??? Abis segala pujian anda bagi kat parents kan. Lemah lembut je cakap ngan mak ayah time tu. Cuba anda mintak acuh tak acuh je. Ada diorang akan bagi??Tak annnnnnn.....haaaa samalah situation nya ngan berdoa kat Tuhan. So, renung2 kan dan selamat beramal..~~



Waktu-waktu mustajab untuk berdoa

Tengah malam atau sepertiga malam yang akhir
Setiap lepas solat fardhu
berdoa di tempat yang sunyi supaya khusyuk
ketika dalam peperangan atau darurat
ketika sujud terakhir solat fardhu
ketika dizalimi orang
semasa musafir
bapa mendoakan kebaikan anak
ketika wukuf di padang Arafah
selepas solat Subuh sebelum terbit matahari
selepas solat Asar
ketika hendak berpuasa
ketika sakit
doa padam malam Lailatul-Qadr
doa pada malam Jumaat
berdoa dalam masjidil Al-haram
berdoa dalam masjid Nabawi
berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitul Maqdis
Apabila khatam membaca Al-quran
doa raja yang adil
doa anak yang taat kepada ibu bapa
doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjid Al-Haram
berdoa di Hijir Ismail
berdoa di mana jua masjid

No comments:

Post a Comment